Tuesday, 13 March 2012

Ujian pada hati

Assalamualaikum.

"Kita akan diuji pada titik kelemahan kita." - Kak Efy.

Di antara semua ujian, aku rasa ujian terbesar aku itu ialah ujian hati.

Aku boleh saja memakai tudung labuh, membaca Al-Quran. Itu sifat lahiriahku. Tapi.. aku paling takut pada apa yang di dalam batinku ini - hati.

Aku sering tertewas dalam mainan hati. Siang malam aku bergelut dalam memperingati hati agar tidak salah tempat letaknya. Aku takut.. semua amalanku jadi sia-sia.

Hanya Allah tempat aku mencurahkan segalanya. Bukan blog, facebook, twitter atau sebanding dengannya.

Tujuan blog ini diaktifkan kembali, bahwa aku terkesan dengan kata-kata Ustaz Hasrizal, kalau Facebook nasihat yang kita post tu kena scroll ke bawah lagi just to get the reminder. Tapi blog? It is saved properly. Kalau kita nak cari topik tertentu senang saja, cari melalui search.

Andai aku meninggal dunia, inilah saham ku untuk pembaca sekalian. Moga bermakna.

Hati ini sering diuji dengan rasa cinta. Rasa ingin dicintai dan dimiliki. Itulah fitrah yang Allah beri padaku. Lebih hebat lagi goncangan ujian ini, apabila si dia memberi respon yang tidak disangka. Seolah beliau pandai berbalas rasa. Atau mungkin aku memang perasan.

Namun, perhubungan ini semakin tidak keruan rasanya. Perasaan bersalah menyelebungi. Of course, ini kan zina hati.

Aku merenung kembali pada hati yang kotor ini.

Hati ini sering terpedaya dengan cinta seorang lelaki yang cuba merapati. Andai engkau benar cinta, maka buktikan cintamu pada Tuhanmu terlebih dahulu. Maka engkau pasti tidak akan menganggu hatiku.

Aku sangat percaya perasaan ini tipu daya. Kerana Allah sudah bersumpah bahwa dunia ini tipu daya. Aneh, perasaan cinta ku terhadap si jejaka di sekolah dulu boleh hilang. Dan itulah yang sering berlaku apabila aku berjumpa jejaka yang lebih better di tempat lain. Kononnya, inilah dia yang mempercayaiku. Tapi tidak.

Sekali-kali TIDAK! Perasaan ini akhirnya lebur dan hancur setelah sekian dan sekian masa.

Dan aku percaya ujian yang baru ini adalah sesuatu yang fake. Maka aku tidak akan menguburkan hati ini pada sesuatu yang sia-sia. Umat memerlukan aku! Andai aku begini lemahnya, bila lagi Islam akan tertegak di muka bumi. Andai seorang demi seorang sang perwira tewas pada perasaan ini, bagaimana hendak menyelamatkan umat?

Aku sering bermonolog sendirian. 

Cinta itu hanya indah pada awalnya. Kerana ia di'make'up kan oleh syaitan laknatullah agar cinta itu nampak cantik pada hubungan haram. Itu yang aku rasa.

Realitinya, aku lihat ibu bapa sekarang ini. Realitinya, aku lihat pasangan muda sekarang ini. Sebelum kahwin bukan main manja. Setelah kahwin, dapat anak, seorang demi seorang anak bertambah, punya banyak tanggungjawab, bayar bil, kereta, itu ini, - terburailah segala kelemahan diri. Isteri dimarahi. Anak dikuati. Suami isteri sering berlawan cakap. Anak-anak menjadi mangsa emosi. Anak-anak menahan rasa. Kemudian bila anak-anak membesar lalu melahirkan keluarga yang baru - kisahnya sama jua. The family is not happy. 

I don't wanna risk my future family.

I don't wanna risk my future children.

Imagine, when you grow up your children, and one of them ask you,

"How did you meet father, mommy?"

And I would love to answer that,

"With Islam my love. With Islam. That is taaruf."
A marriage is not the ultimate goal in life. It's a gift to born more muslim and muslimah to build up the ummah. It's not merely a gift but a test as well.

I am reminding myself here and my readers, that love in Islam can only be reached after marriage. That is the only happiness Islam has provided for us. And again, it is our choice how to shape our life.

Dear my future husband and children, you are so worth it that I am taking care of myself properly so that we could generate proper and better ummah. InsyaAllah wa Allahumma Ameen!

All I want is Mardhatillah in this world and succeed in hereafter.





No comments:

Post a Comment